Sunday 13 October 2019

Apa Itu CCRIS Dan CTOS


Apa Itu CCRIS
CCRIS atau singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System). merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta. CCRIS merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

info dari Bank Negara Malaysia


Apa Itu CTOS.
CTOS adalah sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. CTOS mengeluarkan laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.
CTOS berfungsi secara dua hala – anda boleh menyemak laporan peribadi anda untuk memastikan kesihatan kredit anda berada dalam keadaan baik, manakala syarikat-syarikat (termasuk institusi kewangan) boleh menyemak laporan kredit anda untuk memastikan kelayakan anda untuk sebarang permohonan pinjaman atau kad kredit. Maklumat mengenai sejarah kredit anda akan membantu bank-bank menilai permohonan pinjaman anda dan membuat keputusan jika anda layak untuk diberikan pinjaman.

info dari CTOS

Tekan WhatsApp link Link dibawah utk semak kelayakan anda:
https://wa.me/60172121978
Authorized Agent utk Bank Dan Koperasi Tanpa mengenakan sebarang agent/service fees
Panel Bank #SCB-MCCM #PIBB-MCCM #RHB-IDSB #KOPERASI KOBETA #KOPERASI UKHWAH #KOPERASI KOPUTRI

No comments:

Post a Comment